Scholarship Information   Jobs Vacancy Information   Lowongan Kerja  
Your Ad Here



:: BEASISWA SEKOLAH INDONESIA :: 11.08.2006

Biasiswa Malaysia: Suruhanjaya Sekuriti

Kategori: Beasiswa malaysia (hanya untuk arsip)

Financial - Scholarship : SC

Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission), sebuah badan berkanun yang mengawalselia industri sekuriti dan niaga hadapan, akan memainkan peranan yang lebih mencabar di dalam perkembangan industri sekuriti ke arah menjadikan Malaysia pusat pasaran serantau di masa hadapan.

Di dalam usahanya untuk merealisasikan wawasan tersebut, Suruhanjaya mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Anugerah Biasiswa tahun 2000 bagi melanjutkan pelajaran sepenuh masa.

Pengajian program ijazah pertama di universiti-universiti tempatan dan luar negeri yang diiktiraf (United Kingdom. Amerika Syarikat atau Australia)

Pengajian pra-universiti (Matrikulasi/A-Level) di institusi-institusi atau universiti-universiti tempatan.

BIDANG AKADEMIK


Undang-undang
Ekonomi
Kewangan
Perbankan, Pelaburan dan Sekuriti Antarabangsa
Pentadbiran Perniagaan
Perakaunan
Pengajian Islam yang berkaitan dengan Industri Sekuriti dan Perbankan

KELAYAKAN
Permohonan mestilah memenuhi kelayakan akademik seperti berikut:-

SPM
-Pangkat satu(1) dengan 10 agregat atau kurang dengan kepujian dalam Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia
STPM
-5A atau sekurang-kurangnya 4A dan 1B termasuk Kertas Pengajian Am
Diploma
-HPNG 3.5 dan ke atas
Berumur tidak melebihi 25 tahun
*Telah mendapat atau sedang menunggu keputusan untuk kemasukan ke universiti atau pusat pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Suruhanjaya
*Pemohon mestilah mempunyai keupayaan berhubung dan kualiti kepimpinan yang cemerlang, dinamik, berdikari dan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum
*Tidak menerima sebarang biasiswa dari organisasi-organisasi lain
*Pemohon mestilah fasih berbahasa Malaysia dan Inggeris (pertuturan & penulisan)

NILAI BIASISWA
Biasiswa ini akan merangkumi yuran penuh pembelajaran, buku-buku, elaun penyelenggaraan dan elaun-elaun lain yang berkaitan.

SYARAT-SYARAT BIASISWA


Anugerah Biasiswa ini hanya akan diberikan setelah calon-calon berjaya mendapat tempat di universiti atau pusat pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Suruhanjaya
Penerima biasiswa dimestikan untuk berkhidmat dengan Suruhanjaya untuk tempoh yang ditetapkan sebaik sahaja tamat pengajian

CARA MEMOHON


Calon-calon yang berkelayakan boleh memohon memalui borang "Scholar Application" yang boleh diperolehi dengan mengirimkan sampul surat yang beralamat sendiri (berukuran 11cm x 24cm) dan bersetem 40 sen kepada:

Jabatan Sumber Manusia
(Permohonan Biasiswa)
Suruhanjaya Sekuriti
No.3 Persiaran Bukit Kiara
Bukit Kiara
50490 Kuala Lumpur

ATAU


Mendapatkannya sendiri di Kaunter Menyambut Tetamu, Tingkat Bawah seperti alamat di atas pada hari dan waktu seperti berikut:

Isnin - Jumaat
9.00 pagi - 12.00 tengahari
2.30 petang - 4.00 petang


Permohonan mestilah sampai ke alamat di atas selewat-lewatnya pada 6 Mei 2000


Hanya calon-calon yang berjaya sahaja akan diberitahu

0 Comments:

Post a Comment

<< Home